Tiga pihak berkepentingan yang terlibat dalam Sistem Daftar Keluar Automatik di pasaraya bagi mengelakkan virus COVID-19 terus menular

          Pada 17 March, negara dikejutkan dengan satu kematian akibat daripada koronavirus atau lebih dikenali sebagai COVID-19. Justeru itu, pelbagai pihak telah melakukan langkah-langkah awal bagi menghentikan penularan wabak ini terus merebak dikalangan kita termasulah perlaksaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang telah bermula pada 18 March sehingga kini. Ini termasuklah kepada larangan perhimpunan di tempat awam dan premis perniagaan hendaklah ditutup kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan harian tetapi pemilik pasaraya perlulah mengikut SOP yang telah ditetapkan dan pengunjung atau pelanggan perlulah mengikut dan melakukan penjarakan sosial yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

          Bagi mengurangkan lagi kontak antara satu sama lain terutamanya bagi mereka yang berurusan di pasaraya adalah dengan menyediakan kaedah "Automated Checkout System" atau boleh dikenali sebagai Sistem Daftar Keluar Automatik. Di Malaysia, terdapat beberapa pasaraya yang telah menyediakan sistem ini seperti Tesco. Antara pihak pihak yang berkepentingan yang terlibat dalam sistem ini adalah:


  •  Pemilik Pasaraya.

          Selain daripada mengikut SOP yang telah diarahkan dengan menyediakan hand sanitiser, pemeriksaan suhu di pintu masuk dan meletakkan pita pelekat agar pelanggan lebih berwaspada, mereka juga boleh menyediakan mesin sistem layan diri di kaunter pembayaran. Ini bagi memudahkan pelanggan untuk mengimbas sendiri barang yang mereka beli tanpa memerlukan juruwang dan melakukan pembayaran secara atas talian. 


  • Pembekal.
          Bagi pihak pembekal pula, mereka perlulah menyediakan kajian soal selidik bagi memastikan sistem layan diri itu sentiasa memudahkan pelanggan dan terus mengemaskini agar tiada apa apa masalah yang akan timbul. Selain itu juga, pihak pembekal boleh menaik taraf sistem tersebut dengan memastikan sistem itu boleh mengesan sentuhan pelanggan pada skrin paparan walaupun mereka menggunakan sarung tangan. Seterusnya, pembekal juga boleh meletakkan panduan penggunaan kepada pelanggan pada skrin paparan

  • Pelanggan
          Mereka perlulah mengambil tahu terlebih dahulu cara penggunaan sistem tersebut atau melihat pada garis panduan yang telah disediakan. Antara perkara yang harus dilakukan ketika penggunaan sistem ini adalah mereka perlu mengimbas barang yang mereka beli, bungkus dan melakukan pembayaran secara dalam talian sahaja 


Comments